Friday, 19 January 2018

Bersalin Di Hospital Putrajaya

Alhamdulillah.... puteri ketiga telah selamat dilahirkan pada 16 January 2018.

Ketiga-tiga anak dilahirkan di Hospital Putrajaya. Bolehlah saya coretkan serba sedikit pengalaman bersalin di Hospital Putrajaya sebagai kenangan saya dan berkongsi pengalaman dengan semua.

Untuk pregnancy kali ini, follow up saya di Klinik Kesihatan Bt. 13 Puchong dan Hospital Putrajaya. Servis Klinik Kesihatan masa kini saya lihat dah terlalu banyak improvement daripada beberapa tahun lepas, dari segi SOP yang jelas dan teratur, dari segi staff yang berdedikasi dan sebagainya. Segala check up dilakukan dengan teliti dan staff2 sentiasa bersedia membantu.

Kerana masalah tertentu, pakar kelahiran telah menasihatkan saya untuk datang awal jika ada tanda kelahiran. Pagi 15hb Januari 2018, dah rasa irregular mild contraction. Ini biasanya sign early labour (tanda2 awal) dan mungkin ambil masa berhari2 sebelum betul2 bersalin. Tapi disebabkan dua anak saya sebelum ini proses kelahiran cepat, saya ambil keputusan untuk check sama ada sudah ada bukaan atau belum.

Rupanya dah ada 3cm bukaan. Memang kena tahan di ward kerana dalam kes saya perlu mulakan antibiotik sebelum kelahiran. Proses di Hospital Putrajaya juga mudah dan segalanya teratur mengikut SOP.

Pernah baca kisah2 ibu2 bersalin sebelum ini? Doktor induce, masuk ubat? bukakan jalan guna jari? masuk ubat bagi contraction kuat? Cerita2 yang kurang enak lebih  banyak ditulis dari cerita yang enak. Apa-apa keraguan pun, berbincang dengan doktor. Di hospital swasta, biasanya anda dijaga oleh seorang doktor pakar. Di hospital kerajaan, anda dijaga oleh para jururawat yang arif dalam bidangnya, doktor pelatih, pegawai perubatan dan BEBERAPA doktor pakar. Anda sentiasa boleh bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan sehingga puas hati.

Saya masuk dengan mild contraction dan dengan bukaan 3cm. Namun lepas sehari di ward, 2x cuba dibukakan jalan ( biasanya orang kata kena 'seluk') still progress tak memberansangkan. Namun saya amat berterimakasih dengan doktor pakar yang kemudiannya datang round, melihat keadaan saya, menerangkan possibility kelahiran secara pembedahan ( yang semestinya saya tidak mahu kerana dua anak sebelum ini lahir normal), dengan yakin berdasarkan pengalaman beliau, bukakan jalan hingga 5cm, memecahkan air ketuban, menghantar saya ke dewan bersalin. Di dewan bersalin selepas monitor jantung baby dan contraction, memasukkan ubat untuk membantu kuatkan contraction, dan tak lama selepas itu, lahir puteri bongsu (buat masa ini) :D

Semasa tiba di dewan bersalin, banyak kali dioffer epidural. Namun saya menolak kerana pengalaman sebelum ini proses bersalin tidak lama. Pihak hospital takkan memaksa namun menjadi tanggungjawab mereka offer servis terbaik dalam SOP mereka. Dari kelahiran pertama, saya akan menggunakan gas 'entonox' sebagai penahan sakit. Dulu2 diberi dalam bentuk face mask, rupanya sekarang dalam bentuk sedut di mulut.

Gas entonox ni, memang saya akan guna sehingga betul2 lali. Memang sangat membantu. Cara guna bila start nak sakit je sedut gas tu. sedut je beberapa kali sampai rasa cam lali ...haha.. ni cara saya la. Lagi satu, saya pun ambil pethidine juga. Ada yang tak mahu ambil pethidine sbb nanti baby yang keluar pun drowsy/mengantuk.

Alat untuk menyedut gas entonox di Hospital Putrajaya

Mesin monitor jantung baby dan contraction. Selain tracing paper tu,  graf juga boleh dimonitor di komputer diluar bilik bersalin oleh doktor/petugas. Disebabkan bilik bersalin hospital putrajaya untuk seorang pesakit setiap bilik, husband boleh teman.


Cara saya bersalin biasa je, tak de special birth plan etc..etc.. yang penting bagi saya anak saya dan saya sihat dan selamat :) Lain orang lain cara dan kehendak, pilihan ditangan masing2. Tiada satu cara yang 100% betul dan sesuai untuk semua orang, yang paling penting, berdoa semoga Allah BERIKAN YANG TERBAIK. Kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

Alhamdulillah 3x bersalin di Hospital Putrajaya. Semuanya pengalaman yang menyenangkan. Ketiga2 ada rezeki suami menemani semasa proses bersalin.

Isu yang selalu ditanyakan, request doktor lelaki. Ye, di hospital putrajaya tak boleh request. Pernah saya dapat doktor lelaki untuk check etc. Ni satu kekurangan hospital kerajaan. Jika saya tiada masalah kesihatan yang memerlukan pemantauan serta boleh menyebabkan masalah pada bayi, saya mungkin akan pilih Hospital Swasta disebabkan kelebihan ini (pilih doktor).

Sekian serba sedikit pengalaman semasa bersalin di Hospital Putrajaya. Kebetulan masa minggu lepas, Qissara Amanda, latest Nursing & Maternity blouse baru sampai.

Sempena New Arrival, saya buat giveaway FREE BLOUSE. Juga sempena pelancaran new FB group untuk menghargai pelanggan yang setia menyokong jenama Qissara.

Penerima bertuah FREE Blouse akan diumumkan bila-bila masa di >>> GROUP INI <<< . 
JEMPUT JOIN GROUP QISSARA UNTUK DAPATKAN FREE GIFT DARI MASA KE SEMASA YA 😍

Qissara Amanda

New Arrival Nursing & Maternity Qissara Amanda Blouse-- Special Combo 2 Blouses for RM88 only !!
.
Nursing & Maternity Amanda by Qissara.
❤Blouse all in one..boleh pakai untuk menyusu, preggy dan non-preggy.
❤Selak je terus menyusu. Ade lapik dalam in case terselak tak nampak dalam. #selakje #takyahzip #takyahbutang
❤Sangat selesa. Kain sejuk dan stretchable. Preggy mum muat sampai 9 bulan.
❤Elegant and Gorgeous..Sesuai di pakai ke pejabat dan pakai casual.
.
.
Why this brand? Menggunakan material 'milk silk' yang
✔tahan lasak
✔sangat2 selesa, boleh meregang++ boleh pakai dari masa preggy pun..
✔tak panas
✔tak perlu iron teruk2
.
.
Harga ✔affordable ✔best!
Sehelai blouse RM 55 ✅
Pakej (2 blouse) RM 88 (save RM22) ✅✅
.
.
Boleh beli terus dkt website qissara
.
✔Jaminan PULANG WANG/ EXCHANGE dalam masa 2 minggu (seperti polisi di www.qissara.com)
✔Trusted seller
✔Terima kad kredit 💳💳 di www.qissara.com
.
Satu2nya brand menggunakan fabrik milk silk yang #teramatselesa #tahanlasak #stretchable #sejuk #ironless #lembut , diimport khas ❤
.
Nak Lihat Dulu?
.
HQ Qissara Exclusive, Putra Heights Subang Jaya
Isnin - Jumaat, by appointment. Whatsapp : https://www.wasap.my/60182394830
.
Pn Liana Mahat, COD  Bandar Baru Ampang ( Selangor), Jerantut dan Ulu Tembeling. Whatsapp: https://www.wasap.my/60134406210
.
Pn. Azura Daud, COD Binjai dan Chukai (Kemaman, Terengganu). Whatsapp:
https://www.wasap.my/60199173721





Thursday, 4 January 2018

Persediaan Bag Ke Hospital Government Untuk Bersalin

Salam Pembuka Kata. Ramai mak-mak yang risau masa packing beg pergi ke hospital. Takut tertinggal barang, missed out important things etc.

Mak anak 2 nak masuk 3 ni baru kemas beg semalam, dah 36 wks+, nasib baik tak terberanak lagi. Dua anak yang lepas bersalin di hospital kerajaan jugak. Sebab tu buat entry specific untuk packing beg bersalin di hospital kerajaan (mengikut pengalaman sendiri lah :D )

Mama sediakan 2 beg. Beg yang pertama biasa isi baju mama dan baby. Biasanya mama ambil beg beroda senang nak bawa, dan beg yang ada 2 kompartment, boleh asingkan barang mama dan baby.

Beg cabin size biasa just nice untuk masukkan barang2 mama dan baby. Beg ni ada 2 kompartment jadi senang asingkan barang mama dan baby.

First, pack barang mama dulu. Item yang first dimasukkan (letak dibawah sekali) ialah sepasang baju ( nursing friendly ) dan seluar yang selesa (mama tak berapa pandai pakai kain batik..😃 ). Letak bawah sekali sebab biasa kalau di hospital kerajaan , disediakan pakaian hospital untuk pakai sepanjang masa, bila nak keluar ward je pakai pakaian sendiri. Sebab tu sepasang je.



Baju nursing friendly jenis selak je. Tak de zip atau butang, tak la risau zip terguris kulit baby, atau butang masuk dalam mulut baby etc. Seluar pula, mama sediakan palazzo qissara. Sebab mama tak pandai pakai kain batik, nanti tersadung masa jalan, terlondeh ke, jatuh naya! Baju nursing friendly mama semua dari www.qissara.com. 

Palazzo pun sama, brand sendiri jugak (haha... jangan cakap mama syok sendiri tau!).
Bukan apa, sbb palazzo Qissara ni dibuat maternity friendly with adjustable waistband.

Beza dengan palazzo biasa adalah bahagian CAWAT seluar lebih panjang (kerana masa preggy seluar ni boleh pakai atas pada perut, untuk cover perut). Bila dah bersalin, adjust pinggang jadi kecik sikit, cawat yang panjang tu memberikan ruang yang cukup dan selesa dibahagian intim, yer la baru bersalin  kan sensitif ada jahit, luka etc, jadi bila cawat panjang macam ni tak terasa, ala2 macam pakai kain jugak ler. 

Untuk mama lebih selamat pakai palazzo ni dari pakai kain sbb mama ni clumsy sikit dan tak pandai pakai kain batik. Ehehe...


Lepas tu masukkan tuala, kain batik. Tuala mama bawa size sederhana je sebab beg kecik. kain batik sehelai, in case nak guna untuk apa2 (lapik/ tutup/ apa2 jer la) kira persediaan emergency la.


Lepas tu toiletries. Ada yang boleh buat pek kecil, mama buat dalam bentuk pek kecil2. Sabun, berus gigi, ubat gigi, sikat, mama bawa yang dapat dari hotel, boleh pakai buang. Bawak la bedak muka kecik kalau tak sempat nak make up langsung tenyeh bedak sket bagi nampak rupa tu senonoh sket. :D. Panties pun mama ada bawa yang disposable, kalau duduk di hospital, bawa yang disposable je, nanti terkena darah buang terus. Masa nak balik je mama pakai panties biasa.

Tak de dalam pic ni, mama bawa juga Nursing bra dan Panties biasa (ehh.. idok le snap pic tunjuk sebab bra tu dari masa pregnant lagi dah pakai.

Masa preggy tak leh pakai bra yang dulu2, dengan span , moulded cup, kadang ada underwire bagai, sebab tu mama start pakai nursing bra dari masa preggy lagi) Nursing bra pun ada di www.qissara.com, ada pakej jimat beli 3 helai or 4 helai sekaligus :)



Haaa... yang ni maybe korang tengok pelik sikit. Yang warna putih bersih tu tau la, disposable maternity pad. Yang warna deep grey tu??

Ni la washable cloth pad. Mama kalau boleh nak mudah, pakai dan buang di hospital. Tapi mama masih bawa washable cloth pad ni sebab takut2 tak selesa pakai disposable pad, jadi gatal2 sebab material or chemical etc. 

Cloth pad mama ni dari fabrik bamboo charcoal, permukaannya stay dry, lembut dan sebab tak de chemical tak delah mama jadi gatal2 alahan. Ada wing jadi bahagian celah paha pun ada lapik dengan pad, coverage lebih untuk mengelakkan kebocoran.

Jangan risau memang pad ni ada waterproof layer, insyaAllah tak bocor. Banyak jenis washable cloth pad dengan pelbagai jenis material di pasaran, tapi mama memang pengguna setia bamboo charcoal :D  :D. Yang paling mama suka sebab TAK LEKAT STAIN dan MUDAH JAGA, tak de naik kulat ke , tahi lalat ke etc etc.

Cloth pad ni pun dari Qissara jugak :D maaf le .. mama ni memang kalau dah jatuh cinta dengan sesuatu, suka nak pergi jual benda tu, sebarkan kebaikan la bak kata orang. Kalau tengok ada pelbagai size, yang paling panjang tu sama panjang dengan maternity pad. Yang lain kecik2 sikit kalau tak mau bulky sangat.


Selalu mama packing macam ni, dalam wetbag. Wetbag ni sebenarnya waterproof bag, nanti baju2 kotor, panties ada kesan darah, cloth pad etc semua boleh masuk dalam bag ni bila nak balik nanti.
3 beg ni ada nursing bra and panties, ada cloth pads dan ada toiletries. Tapi bila dah packing cam ni beg mama tak muat pula..haha... jadi certain things mama keluarkan dari beg ni. Mama still bawa wetbag ni sbb memang multipurpose boleh guna macam2.

Kalau kat hospital kerajaan ,especially dapat bilik sharing, bila nak masuk toilet or kemana2, RISAU TAKUT BARANG BERHARGA HILANG, kan? Barang berharga mama banyak, ada wallet dan 2 handphone ( satu personal phone, satu business phone), takkan nak bawa handbag pulak masuk toilet?

Jadi mama masukkan dalam wetbag ni, wetbag ni ada tali yang ada butang, boleh gantung dimana2 dalam toilet, kat towel rail ke etc, lagipun sebab waterproof, barang2 kat dalam tu tak basah walau terkena air diluar bag. DAPAT KAT MANA? korang dah boleh agak la ada di Qissara jugak , hehe.

Keperluan lain:
Baju sejuk
Stokin
Tudung dan anak tudung
Getah rambut
Tisu

Barang baby pula:
Baju mama bawa 3 pasang, barut, bedung , disposable diapers ( balik rumah kita pakai cloth diapers ye nakkk), kain lap ( atau kain napkin), mitten and booties or stokin baby, baby wipes, tuala baby. 
Jangan lupa juga toiletries untuk baby.


Dah siap masuk dalam beg.... tada... satu bahagian mama, satu bahagian baby (tapi mama ada tumpang barang sikit :D)


Yang kat bawah ni pula, barang2 yang dibawa ke bilik bersalin. Mama masukkan dalam beg asing. Kain batik, baby oil ( nurse minta masa nak bersalin , untuk licinkan laluan), sepasang baju baby, diapers, bedung, wet tissue, BUKU PINK + GL / insurance letter etc + beg make up :D + wallet, hanphone etc ( tak bawak handbag dah, semua masuk 1 bag je). Jika bawa wallet pastikan duit sedikit sahaja dan tinggalkan yang lain2 tak penting seperti kad kredit. Tak bawa wallet pun boleh juga.


Botol air pun bawak jugak. Ada orang masukkan semua ni dalam handbag, tapi mama masukkan dalam bag macam ni je, pass pada husband untuk pegang. Nanti husband nak ambil barang jika nurse minta, senang.


Tadaaaaaa..... dah siap dah bag mama :D :D


Kronologi Penggunaan Barang.

SEBELUM KE HOSPITAL

    • Jika rabun, jangan pakai contact lens, bahaya jika pakai lebih masa etc. Pakai terus cermin mata dari rumah. Tinggalkan contact lens dirumah.
    • Tanggalkan semua barang kemas dan tinggalkan dirumah.
    • Bawa duit sedikit sahaja, tinggalkan wallet jika boleh (tapi kad pengenalan jangan lupa)

    Kaunter pendaftaran: 
    • Kad pengenalan
    • GL/ insurance letter
    • Buku pink / buku rekod check up mengandung
    • apa2 surat dari pihak majikan/ insurance/ klinik rawatan sebelum ini
    Check in Bilik Bersalin
    • Air masak untuk minum - jika dibenarkan doktor
    • Sedikit kudapan - jika dibenarkan doktor
    • Encik SUAMI disisi :D :D
    • baby oil nurse maybe minta semasa bukaan makin besar
    • kain batik dan sepersalinan baju bayi, bedung etc.
    Keperluan Ibu Dalam Ward
    • Tuala , toiletries, make up
    • Stokin ( 2 pasang atau lebih)
    • Baju nursing friendly + seluar yang longgar (sepasang untuk dipakais emasa discharge ward) sepanjang dalam ward pakai baju disediakan hospital.
    • Nursing bra, panties, pad.
    • Baju sejuk
    • Tudung
    • Kain batik - standby
    • Selipar (jika tidak memakai selipar yang bersesuaian semasa datang ke hospital)
    • Getah rambut
    • CHARGER HANDPHONE
    Keperluan Bayi Semasa Dalam Ward
    • Pakaianbayi - 3 pasang minima
    • Disposable diapers
    • Tuala bayi, napkin, kain lap, barut, bedung
    • Wet tissue, toiletries bayi

    Keperluan Lain2
    • Minuman 3 in 1, nestum , biskut kering untuk alas perut etc
    • Cawan dan sudu
    • Minyak angin jika mahu, khas untuk ibu, saya bawa minyak Herbanika Nonaroguy.

    Mama doakan ibu2 yang membaca coretan mama ni diberikan proses bersalin yang mudah, menggembirakan dan selamat. Semoga kedua2 ibu dan anak selamat sejahtera :D

    Link2 item yang mama sebutkan diatas:

    Bagi DESKTOP/ LAPTOP
    Klik pada link dibawah:


    Bagi MOBILE
    Klik pada link dibawah:


                                   PROMO BLOUSE PERCUMA KEPADA PELANGGAN QISSARA


    Belum menjadi pelanggan Qissara? Wahhh banyak sis terlepas tau! sila kunjungi segera www.qissara.com


    Monday, 1 January 2018

    🌷Anak (Inner) Tudung Kanak2 (umur 5 -15 thn)🌷

    MA, TAK DE KE ANAK TUDUNG KHAS UNTUK ADIK PAKAI PERGI SEKOLAH?
    🌷Anak (Inner) Tudung Kanak2 (umur 5 -15 thn)🌷
    ------------ ------------ ------------ ------------ ------------
    Harga Terlajak Murah RM5/helai je.
    SPECIAL SANGAT CIRI2 ANAK TUDUNG KANAK2 QISSARA 👍❤
    .
    🌷Fabrik SPECIAL : Milk Silk Velvet: Lembut, Selesa, x panas, tudung tak mudah melurut ( x licin).
    .
    🌷Rekaan SPECIAL: Kedua2 bukaan inner boleh digunakan sebagai bahagian hadapan.
    .
    Satu bukaan adalah jahitan sepenuhnya untuk keselesaan kepala anak2 kecil. Dijahit 'Double Trim' agar kemas terletak dan tak de kedut2 bahagian depan inner.
    .
    Satu bukaan lagi mempunyai slit yang membolehkan inner expand. Boleh muat hingga anak remaja 15 tahun 😊
    🌷Fabrik Berkualiti dan JAHITAN YANG KEMAS! InsyaAllah tahan lasak dan tahan lama👍.
    TIPS ANAK SEKOLAH.
    🌷 Kebiasaannya warna pilihan hitam, cream, light grey.
    🌷Warna lain juga boleh dipilih untuk MEMUDAHKAN ANAK CAM ANAK TUDUNGNYA. Warna 'Mocha' paling sesuai. Untuk sekolah agama cantik juga jika pilih warna 'emerald green' 😊
    🌷Ada ibu bapa memilih warna berbeza2 untuk hari berbeza2 supaya memastikan anak tukar anak tudungnya setiap hari😊

    🌷Order di sini: http://goo.gl/UGFVn4

    🌷Order di sini: http://goo.gl/UGFVn4

    🌷Order di sini: http://goo.gl/UGFVn4





    Thursday, 21 December 2017

    Testimoni Pengguna Bamboo Charcoal Cloth Pad Qissara

    Bercerita mengenai cloth pad/ pad kain, mungkin kedengaran pelik, malah lucu bagi sesetengah. Cloth pad yang telah dimodenkan muncul apabila kesedaran mengenai bahaya bahan kimia dalam pad pakai buang yang mungkin meningkatkan risiko kanser.

    Seperti kulit bayi, kulit bahagian intim wanita juga sensitif. Pelbagai masalah timbul seperti melecet, kegatalan, berbau, keputihan, infeksi dan sebagainya boleh berpunca dari alahan kepada bahan kimia yang terkandung dalam pad pakai buang serta material yang digunakan untuk menghasilkan pad pakai buang, tambahan pula jika memilih yang murah harganya.

    Alternatif yang lebih selesa , jimat dan selamat dalam jangkamasa panjang, maka cloth pad moden semakin popular.

    Dengan Qissara, selepas percubaan sendiri oleh owner menggunakan beberapa material, akhirnya cloth pad qissara dihasilkan dengan pemilihan material yang dirasakan memberikan keselesaan yang terbaik dengan harga mampu milik.

    Paling luar sekali: Milk Silk Fabrik - sangat selesa dan tidak panas apabila bersentuhan kulit
    Waterproof layer
    Microfiber layer sebagai penyerap hebat.
    Bamboo charcoal layer yang bersentuh dengan bahagian intim: mudah basuh, x lekat stain, mengekalkan permukaan kering, selesa dan lembut, hypoallergic.

    Berikut adalah testimoni pelanggan Qissara Bamboo Charcoal Cloth Pad.



    Walaupun bekerja, tiada masalah menggunakan cloth pad. cloth pad tidak bocor dan sesuai dengan pengguna yang mempunyai kulit sensitif.


    Kualiti bagus,selesa dan tidak leceh pun.


    Sangat membantu semasa pregnant kerana keputihan yang disebabkan hormon, juga sangat selesa. (Lagi satu, jika pregnant, pertambahan berat badan menyebabkan senang melecet celah paha. Pemakaian cloth pad melapik kulit bahagian celah paha agar tidak bergeser antara satu sama lain dan mengelakkan melecet)


    Remaja 17 tahun juga memilih cloth pad. Telah mencuba beberapa brand, namun akhirnya sangat menggemari bamboo charcoal cloth pad. Pelbagai masalah kewanitaan dirasakan semakin berkurangan apabila menggunakan cloth pad.


    Pelbagai jenis brand disposable pad dan pantyliner dah cuba tapi semuanya tak sesuai. Tapi dengan pad kain rasa sangat selesa.


    Jimat dan selesa

    Masalah kesihatan yang menyebabkan mudah terkencing apabila batuk pasti mengganggu rutin harian dan menimbulkan masalah apabila nak bersolat ketika travel/ diluar rumah. Menggunakan disposable pad memerlukan bekalan dan belanja yang banyak. Dengan cloth pad yang boleh dibasuh dan pakai semula, serta jangka hayat bertahun, membolehkan penjimatan sangat2!



    Dah pakai terus jatuh cinta!


    Senang basuh, tak terasa pun macan pakai pad/ pantyliner.


    Selesa dan sentiasa rasa kering.