Sabtu, 9 Julai 2016

Apakah Fabrik Milk Silk ( Main Fabric for Qissara Attire)

Milk Silk Fabric by Qissara

Asal usul penemuan fabrik milk silk adalah daripada susu yang terbuang! KLIK LINK UNTUK SEJARAH. apa ketika,Penghasilannya rumit dan merupakan salah satu fabrik yang 'luxury'. Bagaimanapun, selepas beberapa ketika, fabrik milk silk yang sintetik dapat dihasilkan dengan kos yang lebih berpatutan, tetapi mengekalkan kelebihan dan keistimewaan asal milk silk.

Terdapat beberapa jenis:
  1. Smooth Milk Silk Plain
  2. Smooth Milk Silk Printed
  3. Velvet Milk Silk Plain
  4. Velvet Milk Silk Printed
Untuk kesemua jenis fabrik milk silk yang digunakan oleh Qissara
  • Lembut dan tidak merengsakan kulit anda mahupun bayi
  • Tidak meluyut mengikut bentuk badan
  • Tidak jarang dan tidak panas
  • Sangat stretchable, memberikan keselesaan dalam pelbagai posisi sama ada duduk, mengiring, baring, mahupun tidur,
  • Minimal or no ironing needed
  • Easy care- mudah basuh, mudah kering
  • Tahan lasak, tidak mudah terkoyak.

Ahad, 26 Jun 2016

Lampin Kain Dewasa untuk Warga Emas

Nenek Min dah berumur 80-an, alhamdulillah, tak de sakit2 teruk, setakat sakit2 urat, lemah2 lutut itu sahaja. Berkat mengamalkan ulam-ulaman agaknya.

Nak raya ni, biasa Nek Min enggan ikut kami beraya, hanya tinggal di rumah sahaja. Kasihan Nek Min cuma tunggu orang datang melawat, anaknya hanya seorang. Bila tanya Kak Ila ( anak Nek Min) kenapa Nek Min tak nak keluar beraya?

Kak Ila kata Nek Min jalan tak berapa laju, lutut sakit, perlukan tandas duduk. Nek Min takut kalau pergi beraya, rasa nak buang air, Nek Min tak dapat tunggu lama. Nek Min takut bocor... terkencing.. Nek Min malu....

Err.. kasihan Nek Min, begitu rupanya.

Tahun ini... saya bawakan hadiah untuk Nek Min..

Lampin kain dewasa, dengan ni Nek Min dah boleh keluar beraya! Nek min tak suka pakai yang pakai buang, yang plastik tu, sebab melecet dan mudah tertanggal gamnya, kalau nak pakai selalu macam membazir je padahal Nek Min boleh je pergi toilet, cuma slow jer.

Lampin kain dewasa, insertnya menyerap dengan bagus, kalau Nek Min terkucil, dah tak malu dah, nanti jumpa toilet yang elok Nek Min tukarlah.


Sebab guna button, boleh adjust size Nek Min, tak perlu ukur size dulu sebelum bali. Lagipun bila guna butang lebih kemas dan terjamin.


Nek Min SUKAAAAA... sangat. TQ Qissara!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pakej 3 helai RM120 free post . Order sini>> http://goo.gl/QUeeaC
Biasa CD ini dibeli untuk pesakit stroke yang terlantar, untuk OKU dewasa, untuk warga emas semasa travel (banyak toilet yang tidak mesra warga emas, malahan bahaya seperti gelap, terlalu sempit mahupun licin) .
Warna emas juga sukar menahan untuk ke toilet dengan jangka masa lama, maka boleh pakai adult CD untuk masa2 emergency dan mengelakkan insiden memalukan

Selasa, 3 Mei 2016

Panduan Pengambilan Ubat-Ubatan Semasa Penyusuan




Ada ketika, ibu yang menyusukan bayi perlu mengambil ubat tertentu bagi merawat masalah kesihatan mereka. Dalam masa yang sama,
penggunaan ubat tersebut perlu dipastikan tidak membawa kemudaratan kepada bayi yang disusukan.

Pemantauan perlu dilakukan terhadap bayi yang menyusu sekiranya si ibu mengambil sesetengah jenis ubat-ubatan. Hal demikian bagi memastikan kesan sampingan atau kesan tidak diingini dapat dielak daripada berlaku.

Ubat yang diambil akan diserap masuk ke dalam sistem peredaran darah. Kemudian ia akan melekat kepada protein (albumin) atau bebas terlarut dalam plasma darah. Kadar resapan ubat ke dalam susu ibu bergantung sama ada ubat yang diambil oleh ibu tersebut memiliki kadar pelekatan terhadap protein plasma yang tinggi atau rendah. 

Ubat-ubatan yang melekat kepada protein plasma dalam peratusan yang tinggi adalah kurang atau susah untuk memasuki ke dalam susu ibu. Sesuatu ubat akan dianggap melekat kepada protein dalam peratusan yang tinggi, sekiranya peratusan ubat yang melekat kepada protein plasma melebihi 90%.

Penyusuan perlu DIHENTIKAN buat sementara waktu bagi ibu yang mengambil ubat untuk rawatan:


  • kanser atau kemoterapi (Antimetabolites)
  • bahan radioaktif dalam ubat radiofarmaseutikal. 
Penyusuan boleh disambung semula selepas satu tempoh masa yang selamat apabila ubat tersebut tidak lagi diambil.
Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan jika diambil aktiviti penyusuan boleh DITERUSKAN namun sedikit pemantauan perlu dilakukan


  • sesetengah jenis ubat psikiatrik 
  • ubat anti-epilepsi. 
Kesan sampingan ini mungkin akan menyebabkan bayi tersebut letih atau mengantuk. 

Selain daripada itu penyusuan juga boleh diteruskan oleh ibu jika mengambil ubat seperti Chloramphenicol, Tetracyclines, Metronidazole atau antibiotik daripada kumpulan Quinolone seperti Ciprofloxacin. Walau bagaimanapun digalakkan menggunakan ubat alternatif jika ada.

Bagi ibu yang menyusukan bayi dan perlu menggunakan ubat seperti 


  • Sulfonamides
  • Dapsone
  • Sulfamethoxazole+Trimethoprim
  • Sulfadoxine+Pyrimethamine (Fansidar) 
Pemantauan terhadap bayi perlu dilakukan kerana kemungkinan ubat tersebut boleh menyebabkan demam kuning atau jaundice kepada bayi.

Seterusnya ada juga ubat yang diambil boleh merencat atau mengurangkan penghasilan susu ibu seperti:


  • hormon Estrogens (termasuk pil perancang yang mengandungi estrogen)
  • ubat diuretik Thiazide
  • Ergometrine. 
Justeru penggunaan ubat alternatif adalah digalakkan dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi. 

Terdapat ubat yang selamat digunakan semasa penyusuan bayi jika digunakan pada dos normal contohnya ubat tahan sakit dan ubat demam seperti Paracetamol, asid Acetylsalicylic, dan Ibuprofen. Walau bagaimanapun penggunaan ubat ini dinasihatkan hanya untuk jangka masa yang singkat sahaja.

Penyusuan bayi juga boleh diteruskan bagi penggunaan pada dos normal ubat antibiotik seperti Ampicillin, Amoxicillin, Cloxacillin dan Penicillins jenis lain, Erythromycin, ubat untuk rawatan batuk kering, ubat kusta, ubat anti malaria (kecuali Mefloquine, Fansidar), ubat cacing dan ubat untuk rawatan jangkitan kulat. 

Begitu juga untuk penggunaan ubat asma, Corticosteroids, ubat antihistamin, ubat anti-asid, ubat diabetes, kebanyakan ubat darah tinggi, Digoxin, nutrien dan makanan tambahan seperti iodin, zat besi dan vitamin boleh digunakan pada dos normal oleh ibu yang menyusukan bayi.

Maklumat yang dinyatakan dalam artikel ini tidak muktamad dan tidak terhad terhadap apa yang dipaparkan sahaja. Ianya hanya sebagai rujukan ringkas kepada golongan ibu yang menyusukan bayi dan dalam masa yang sama mengambil ubat tertentu. Para pembaca digalakkan supaya merujuk kepada ahli farmasi atau doktor jika terdapat kemusykilan berkaitan ubat-ubatan yang diambil semasa menyusukan bayi.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkenaan ubat-ubatan, anda boleh bertanya kepada mana-mana ahli farmasi atau menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722. Kami sedia membantu.

Disediakan oleh 
Khairul Naim Bin Zainal Abidin
Klinik Kesihatan Lembah Klau, Raub Pahang


Taken from KKM Website, 21st April 2016