Jumaat, 5 Januari 2018

Persediaan Bag Ke Hospital Government Untuk Bersalin

Salam Pembuka Kata. Ramai mak-mak yang risau masa packing beg pergi ke hospital. Takut tertinggal barang, missed out important things etc.

Mak anak 2 nak masuk 3 ni baru kemas beg semalam, dah 36 wks+, nasib baik tak terberanak lagi. Dua anak yang lepas bersalin di hospital kerajaan jugak. Sebab tu buat entry specific untuk packing beg bersalin di hospital kerajaan (mengikut pengalaman sendiri lah :D )

Mama sediakan 2 beg. Beg yang pertama biasa isi baju mama dan baby. Biasanya mama ambil beg beroda senang nak bawa, dan beg yang ada 2 kompartment, boleh asingkan barang mama dan baby.

Beg cabin size biasa just nice untuk masukkan barang2 mama dan baby. Beg ni ada 2 kompartment jadi senang asingkan barang mama dan baby.

First, pack barang mama dulu. Item yang first dimasukkan (letak dibawah sekali) ialah sepasang baju ( nursing friendly ) dan seluar yang selesa (mama tak berapa pandai pakai kain batik..😃 ). Letak bawah sekali sebab biasa kalau di hospital kerajaan , disediakan pakaian hospital untuk pakai sepanjang masa, bila nak keluar ward je pakai pakaian sendiri. Sebab tu sepasang je.



Baju nursing friendly jenis selak je. Tak de zip atau butang, tak la risau zip terguris kulit baby, atau butang masuk dalam mulut baby etc. Seluar pula, mama sediakan palazzo qissara. Sebab mama tak pandai pakai kain batik, nanti tersadung masa jalan, terlondeh ke, jatuh naya! Baju nursing friendly mama semua dari www.qissara.com. 

Palazzo pun sama, brand sendiri jugak (haha... jangan cakap mama syok sendiri tau!).
Bukan apa, sbb palazzo Qissara ni dibuat maternity friendly with adjustable waistband.

Beza dengan palazzo biasa adalah bahagian CAWAT seluar lebih panjang (kerana masa preggy seluar ni boleh pakai atas pada perut, untuk cover perut). Bila dah bersalin, adjust pinggang jadi kecik sikit, cawat yang panjang tu memberikan ruang yang cukup dan selesa dibahagian intim, yer la baru bersalin  kan sensitif ada jahit, luka etc, jadi bila cawat panjang macam ni tak terasa, ala2 macam pakai kain jugak ler. 

Untuk mama lebih selamat pakai palazzo ni dari pakai kain sbb mama ni clumsy sikit dan tak pandai pakai kain batik. Ehehe...


Lepas tu masukkan tuala, kain batik. Tuala mama bawa size sederhana je sebab beg kecik. kain batik sehelai, in case nak guna untuk apa2 (lapik/ tutup/ apa2 jer la) kira persediaan emergency la.


Lepas tu toiletries. Ada yang boleh buat pek kecil, mama buat dalam bentuk pek kecil2. Sabun, berus gigi, ubat gigi, sikat, mama bawa yang dapat dari hotel, boleh pakai buang. Bawak la bedak muka kecik kalau tak sempat nak make up langsung tenyeh bedak sket bagi nampak rupa tu senonoh sket. :D. Panties pun mama ada bawa yang disposable, kalau duduk di hospital, bawa yang disposable je, nanti terkena darah buang terus. Masa nak balik je mama pakai panties biasa.

Tak de dalam pic ni, mama bawa juga Nursing bra dan Panties biasa (ehh.. idok le snap pic tunjuk sebab bra tu dari masa pregnant lagi dah pakai.

Masa preggy tak leh pakai bra yang dulu2, dengan span , moulded cup, kadang ada underwire bagai, sebab tu mama start pakai nursing bra dari masa preggy lagi) Nursing bra pun ada di www.qissara.com, ada pakej jimat beli 3 helai or 4 helai sekaligus :)



Haaa... yang ni maybe korang tengok pelik sikit. Yang warna putih bersih tu tau la, disposable maternity pad. Yang warna deep grey tu??

Ni la washable cloth pad. Mama kalau boleh nak mudah, pakai dan buang di hospital. Tapi mama masih bawa washable cloth pad ni sebab takut2 tak selesa pakai disposable pad, jadi gatal2 sebab material or chemical etc. 

Cloth pad mama ni dari fabrik bamboo charcoal, permukaannya stay dry, lembut dan sebab tak de chemical tak delah mama jadi gatal2 alahan. Ada wing jadi bahagian celah paha pun ada lapik dengan pad, coverage lebih untuk mengelakkan kebocoran.

Jangan risau memang pad ni ada waterproof layer, insyaAllah tak bocor. Banyak jenis washable cloth pad dengan pelbagai jenis material di pasaran, tapi mama memang pengguna setia bamboo charcoal :D  :D. Yang paling mama suka sebab TAK LEKAT STAIN dan MUDAH JAGA, tak de naik kulat ke , tahi lalat ke etc etc.

Cloth pad ni pun dari Qissara jugak :D maaf le .. mama ni memang kalau dah jatuh cinta dengan sesuatu, suka nak pergi jual benda tu, sebarkan kebaikan la bak kata orang. Kalau tengok ada pelbagai size, yang paling panjang tu sama panjang dengan maternity pad. Yang lain kecik2 sikit kalau tak mau bulky sangat.


Selalu mama packing macam ni, dalam wetbag. Wetbag ni sebenarnya waterproof bag, nanti baju2 kotor, panties ada kesan darah, cloth pad etc semua boleh masuk dalam bag ni bila nak balik nanti.
3 beg ni ada nursing bra and panties, ada cloth pads dan ada toiletries. Tapi bila dah packing cam ni beg mama tak muat pula..haha... jadi certain things mama keluarkan dari beg ni. Mama still bawa wetbag ni sbb memang multipurpose boleh guna macam2.

Kalau kat hospital kerajaan ,especially dapat bilik sharing, bila nak masuk toilet or kemana2, RISAU TAKUT BARANG BERHARGA HILANG, kan? Barang berharga mama banyak, ada wallet dan 2 handphone ( satu personal phone, satu business phone), takkan nak bawa handbag pulak masuk toilet?

Jadi mama masukkan dalam wetbag ni, wetbag ni ada tali yang ada butang, boleh gantung dimana2 dalam toilet, kat towel rail ke etc, lagipun sebab waterproof, barang2 kat dalam tu tak basah walau terkena air diluar bag. DAPAT KAT MANA? korang dah boleh agak la ada di Qissara jugak , hehe.

Keperluan lain:
Baju sejuk
Stokin
Tudung dan anak tudung
Getah rambut
Tisu

Barang baby pula:
Baju mama bawa 3 pasang, barut, bedung , disposable diapers ( balik rumah kita pakai cloth diapers ye nakkk), kain lap ( atau kain napkin), mitten and booties or stokin baby, baby wipes, tuala baby. 
Jangan lupa juga toiletries untuk baby.


Dah siap masuk dalam beg.... tada... satu bahagian mama, satu bahagian baby (tapi mama ada tumpang barang sikit :D)


Yang kat bawah ni pula, barang2 yang dibawa ke bilik bersalin. Mama masukkan dalam beg asing. Kain batik, baby oil ( nurse minta masa nak bersalin , untuk licinkan laluan), sepasang baju baby, diapers, bedung, wet tissue, BUKU PINK + GL / insurance letter etc + beg make up :D + wallet, hanphone etc ( tak bawak handbag dah, semua masuk 1 bag je). Jika bawa wallet pastikan duit sedikit sahaja dan tinggalkan yang lain2 tak penting seperti kad kredit. Tak bawa wallet pun boleh juga.


Botol air pun bawak jugak. Ada orang masukkan semua ni dalam handbag, tapi mama masukkan dalam bag macam ni je, pass pada husband untuk pegang. Nanti husband nak ambil barang jika nurse minta, senang.


Tadaaaaaa..... dah siap dah bag mama :D :D


Kronologi Penggunaan Barang.

SEBELUM KE HOSPITAL

    • Jika rabun, jangan pakai contact lens, bahaya jika pakai lebih masa etc. Pakai terus cermin mata dari rumah. Tinggalkan contact lens dirumah.
    • Tanggalkan semua barang kemas dan tinggalkan dirumah.
    • Bawa duit sedikit sahaja, tinggalkan wallet jika boleh (tapi kad pengenalan jangan lupa)

    Kaunter pendaftaran: 
    • Kad pengenalan
    • GL/ insurance letter
    • Buku pink / buku rekod check up mengandung
    • apa2 surat dari pihak majikan/ insurance/ klinik rawatan sebelum ini
    Check in Bilik Bersalin
    • Air masak untuk minum - jika dibenarkan doktor
    • Sedikit kudapan - jika dibenarkan doktor
    • Encik SUAMI disisi :D :D
    • baby oil nurse maybe minta semasa bukaan makin besar
    • kain batik dan sepersalinan baju bayi, bedung etc.
    Keperluan Ibu Dalam Ward
    • Tuala , toiletries, make up
    • Stokin ( 2 pasang atau lebih)
    • Baju nursing friendly + seluar yang longgar (sepasang untuk dipakais emasa discharge ward) sepanjang dalam ward pakai baju disediakan hospital.
    • Nursing bra, panties, pad.
    • Baju sejuk
    • Tudung
    • Kain batik - standby
    • Selipar (jika tidak memakai selipar yang bersesuaian semasa datang ke hospital)
    • Getah rambut
    • CHARGER HANDPHONE
    Keperluan Bayi Semasa Dalam Ward
    • Pakaianbayi - 3 pasang minima
    • Disposable diapers
    • Tuala bayi, napkin, kain lap, barut, bedung
    • Wet tissue, toiletries bayi

    Keperluan Lain2
    • Minuman 3 in 1, nestum , biskut kering untuk alas perut etc
    • Cawan dan sudu
    • Minyak angin jika mahu, khas untuk ibu, saya bawa minyak Herbanika Nonaroguy.

    Mama doakan ibu2 yang membaca coretan mama ni diberikan proses bersalin yang mudah, menggembirakan dan selamat. Semoga kedua2 ibu dan anak selamat sejahtera :D

    Link2 item yang mama sebutkan diatas:

    Bagi DESKTOP/ LAPTOP
    Klik pada link dibawah:


    Bagi MOBILE
    Klik pada link dibawah:


                                   PROMO BLOUSE PERCUMA KEPADA PELANGGAN QISSARA


    Belum menjadi pelanggan Qissara? Wahhh banyak sis terlepas tau! sila kunjungi segera www.qissara.com


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan